Perlukah Saya Makan Jamu Selepas Bersalin? - Bonda

Monday 11 March 2019

Perlukah Saya Makan Jamu Selepas Bersalin?


Masih ramai lagi netizen yang tanya saya kenapa saya tak makan jamu selepas bersalin dan kenapa saya tak pernah menggalakkan penggunaan jamu.


Jom ikuti kupasan daripada Prof Imelda Balchin, seorang pakar obstetrik dari PPUM

JAMU tu....tradisi Jawa Indonesia, bukan tradisi Melayu Malaysia.


Tahukah anda, kadar kematian ibu bersalin di Jawa ialah 7 kali ganda lebih tinggi daripada kadar kematian ibu bersalin di Malaysia?

Kematian ibu bersalin bagi setiap 100,000 kelahiran


Tahukah anda, kadar kematian bayi bawah 1 tahun di Indonesia ialah 4 kali ganda lebih tinggi daripada kadar kematian bayi bawah 1 tahun di Malaysia?

Kematian bayi di bawah umur 1 tahun bagi setiap 1000 bayi yang dilahirkan hidup


Tahukah anda, purata jangkahayat wanita Malaysia ialah 3-4 tahun hidup lebih lama daripada purata jangkahayat wanita Indonesia?
Jangka hayat



Tahukah anda, di Indonesia, lebih tinggi masalah bayi yang mendapat cirit-birit dan terbantut pembesaran sebab hanya 15 dalam 100 ibu-ibu berjaya memberi penyusuan secara eksklusif kepada bayi yang baru lahir sehingga usia 6 bulan. Penyusuan eksklusif itu bermakna jangan bagi bayi makan sebelum 6 bulan. Kalau tak boleh bagi susu ibu, boleh beri susu formula untuk bayi, tetapi jangan bagi makanan atau air lain pada 6 bulan pertama. Terlalu ramai ibu-ibu di Indonesia memberi bayi makan pisang, bubur atau nestum terlalu awal, sebelum sistem penghadaman bayi cukup matang, dan tidak memberi susu ibu.


Kerajaan Indonesia sedang berusaha mengubah sikap ibu-ibu Indonesia dengan kempen menggalakkan Air Susu Ibu secara eksklusif.


Kalau nak sihat, sepatutnya, orang Jawalah yang patut mengikut teladan orang Malaysia yang lebih berjaya menyusukan bayi, bukannya kita ikut tradisi depa.


Untuk berjaya menyusukan bayi, janganlah pantang makanan yang berkhasiat, dan minumlah air yang secukupnya, iaitu 3 Litre sehari.


Ikutlah nasihat kesihatan yang sahih.

Sumber : Imelda Balchin

No comments:

Post a Comment