Bingka Ubi Kayu Lemak Sedap - Bonda

Monday 1 April 2019

Bingka Ubi Kayu Lemak Sedap


Bahan-bahan diperlukan:

Bahan A

1½ kg ubi kayu (Dikupas kulit dan dipotong kecil)
1 cawan santan (1 biji kelapa)
2 biji telur
½ cawan minyak masak
Garam secukup rasa

Bahan B

2 cawan gula pasir
½ cawan gula merah
½ cawan air

Cara menyediakan dan memasak:

1-Kisarkan ubi kayu menggunakan pengisar. Kemudian tapiskan dengan penapis santan. Buangkan airnya. Ambil sagu ubi di dalam penapis.
2-Masakkan bahan B sehingga mendidih dan tapiskan.
3-Gaulkan bahan A dan bahan B termasuk sagu ubi dan masukkan ke dalam kuali.
4-Masakkan sebentar sambil kacau tanpa henti sehingga pekat.
5-Masukkan ke dalam loyang bersaiz 8 inci x 8 inci yang siap disapukan minyak.
6-Masukkan ke dalam oven yang sudah dipanaskan pada suhu 170ºC. Bakar selama 60 minit menggunakan api bahagian atas dan bawah.
7-Bakar lagi selama 10 minit menggunakan api bahagian atas sahaja.
8-Sejukkan beberapa jam. Potong dan hidangkan.

No comments:

Post a Comment