Resepi Kek Pandan Sedap - Bonda

Monday, 1 April 2019

Resepi Kek Pandan Sedap


Kek pandan sangat sedap dan boleh dimakan pada bila-bila masa sahaja terutama sekali ketika minum petang. Rasa dan rupa yang enak itu mampu membangkitkan selera sesiapa sahaja yang melihatnya.

Terdapat pelbagai cara untuk membuat kek pandan ini seperti membakar dan mengukus, akan tetapi resepi yang dikongsikan ini menggunakan cara mengukus. Resepi ini sangat senang dan sesiapa sahaja boleh cuba membuatnya. Bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi ini sangat senang untuk diperolehi.

Bahan-bahan diperlukan:

200 g mentega
180 g gula kastor
4 biji telur
1 sudu teh esen pandan
280 g tepung naik sendiri (diayak)
½ cawan susu cair
½ cawan air pandan

Cara menyediakan dan memasak:

1-Sapu mentega ataupun marjerin pada loyang. Alas dasar dan dinding loyang dengan kertas pembakar (baking sheet).
2-Mentega dan gula kastor dipukul sehingga gebu dan ringan.
3-Masukkan telur satu per satu dan esen pandan. Kacau rata.
4-Masukkan tepung naik sendiri berselang-seli dengan susu cair.
5-Masukkan air pandan dan kacau sebati.
6-Masukkan adunan ke dalam loyang.
7-Bakar di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 170°C api bawah sahaja selama 40-45 minit.
8-Sejukkan dan sedia dihidangkan.

Nak dapatkan pelbagai variasi kek boleh dapatkan kek di SINI,

No comments:

Post a Comment