Bahan-bahan diperlukan:
2 ikat daun pucuk manis
Sebiji ubi keledek oren
3 biji cili merah (Dihiris)
1 labu bawang besar (Dihiris)
1 sudu makan udang kering
2 cawan air
2 cawan santan pekat (½ biji kelapa)
Garam secukup rasa
Cara menyediakan dan memasak:
1-Asing daun pucuk manis daripada tangkainya. Basuh dan tuskan.
2-Kupas kulit ubi keledek dan potong kecil.
3-Masukkan ubi keledek, bawang besar, udang kering, air, dan garam ke dalam periuk.
4-Masakkan sehingga keledek empuk ataupun lembut.
5-Masukkan pucuk manis, cili merah dan santan. Masak sehingga daun pucuk manis layu.
Sedia dihidangkan.
No comments:
Post a Comment