Resepi Biskut Arab Gebu Hanya Guna 4 Bahan - Bonda

Tuesday 2 April 2019

Resepi Biskut Arab Gebu Hanya Guna 4 Bahan


Bahan-Bahan:

1 cawan susu tepung nespray
1 cwn minyak sapi/ghee. Biarkan macam tu. Tak perlu dicairkan.
Sedikit garam
3 1/2 cawan tepung gandum yang telah diayak
Ceri merah untuk hiasan jika mahu. Dipotong kecil
Gula aising atau susu tepung jika suka. Untuk golek biskut arab yang masak nanti

Cara Penyediaan:

1: Dalam sebuah bekas, masukkan susu tepung, minyak sapi dan garam.
2: Gaul dengan sebati dan sekata. Guna tangan je senang.Selepas itu, masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh yang cantik sekata dan sebati.
3: Bentukkan doh menjadi bulat kecil , letakkan doh di atas dulang pembakar , hiaskan dengan ceri jika mahu cantik biskut arab anda . Jangan bulatkan besar-besar ya sebab nanti bila bakar, biskut arab anda akan mengembang sedikit. Jadi agak-agak size yang kena dengan selera anda.Panaskan oven selama 5 minit pada suhu 180’C . 
4: Selepas itu, masukkan dulang pembakar yang mengandungi susunan biskut tadi, bakar selama 15 -20 minit bergantung pada jenis oven anda pada suhu 180’C dengan api atas bawah.
5: Biskut yang telah masak dikeluarkan dan disejukkan terlebih dahulu sebelum digaul dengan gula aising atau susu tepung.Lepas tu susun je dalam bekas kedap udara.

No comments:

Post a Comment