Bahan-bahan diperlukan:
Bahan A
1 buku roti (450 g-dipotong kecil)
1 tin susu cair (400ml)
1 tin laici (Dikoyak isi)
½ cawan gula kastor
2 biji telur (Dipukul)
2 sudu makan tepung gandum
Bahan B (Sirap Karamel)
1 cawan gula perang
½ cawan air
Cara menyediakan dan memasak:
1-Rendamkan roti bersama susu cair dan air selama 20 minit.
2-Campurkan isi buah laici, air laici, gula kastor, telur, dan tepung gandum ke dalam roti yang direndam. Gaul rata.
3-Masukkan ke dalam loyang yang sudah disapukan minyak masak.
4-Bakar di dalam oven yang sudah dipanaskan pada suhu 170ºC selama 1 jam. Sejukkan.
5-Bagi membuat sirap karamel, panaskan gula perang dan air sehingga mendidih dan pekat.
6-Potong puding dan hidangkan bersama sirap karamel.
No comments:
Post a Comment