Resepi Ayam Gulai Darat - Bonda

Monday, 1 April 2019

Resepi Ayam Gulai Darat


Bahan-bahan diperlukan:

1 kg ayam (Dipotong kecil)
15 tangkai cili kering
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
1 inci kunyit (Cili kering, bawang merah, bawang putih, lengkuas dan kunyit dikisar bersama)
3 sudu makan serbuk rempah kari ayam
1 sudu makan serbuk ketumbar
2 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 cawan santan (1 biji kelapa)
3 sudu makan kerisik
3 keping asam gelugur
Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

1-Campurkan ayam dengan bahan-bahan yang dikisar di dalam kuali.
2-Masak sehingga ayam lembut. Masukkan serbuk rempah kari ayam, serbuk ketumbar, kulit kayu manis dan bunga lawang.
3-Apabila ayam lembut, masukkan santan, kerisik, garam dan asam gelugur.
4-Masakkan lagi dan kacau sehingga pecah minyak.
5-Tutup api dan masukkan ke dalam mangkuk.
Sediakan dihidangkan.

No comments:

Post a Comment