Bahan-bahan diperlukan:
1 ekor ikan tilapia hitam (Dibersihkan dan dikelar)
1 cawan taucu
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 inci halia (Dihiris)
4 biji bawang merah (Dihiris)
2 ulas bawang putih (Dihiris)
5 biji cili api (Ditumbuk kasar)
½ cawan air asam jawa
6 biji bendi (Dihiris kasar)
2 biji cili merah (Dihiris kasar)
4 biji cili hijau (Dihiris kasar)
1 labu bawang besar
1 sudu kecil gula
Minyak masak secukupnya
Garam (Sekiranya perlu)
Cara menyediakan dan memasak:
1-Gaulkan ikan dengan serbuk kunyit.
2-Panaskan minyak dan gorengkan ikan sehingga garing. Angkat dan letakkan di dalam pinggan hidangan.
3-Tinggalkan sedikit minyak dan tumiskan halia, bawang merah, bawang putih, dan cili api sehingga naik bau.
4-Masukkan air asam jawa, taucu, dan gula. Biarkan mendidih.
5-Masukkan bendi, cili merah, cili hijau, dan bawang besar. Kemudian kacau rata.
6-Tuangkan ke atas ikan dan sedia dihidangkan.
No comments:
Post a Comment