Resepi Kek Pisang Lembab Sedap Bersama Tips - Bonda

Tuesday, 2 April 2019

Resepi Kek Pisang Lembab Sedap Bersama Tips


Siapa suka makan kek pisang? Kek pisang ini kalau dapat yang gebu, separuh kek habis Bonda habiskan. Lagi-lagi jika ada dihiasi dengan pisang. Terasa keenakan pisang dan kelembutan kek itu. Kebiasaannya kek ini Bonda buat ataupun dah datangnya hari malas, bonda beli juga. Biasanya boleh dapatkan pelbagai jenis kek di Eat Cake Today. Puas hati, banyak sangat pilihan. 

Bahan-Bahan:

5-6 biji pisang emas saiz sederhana (4 biji sahaja jika pisang bersaiz besar seperti pisang berangan)
1/2 cawan gula kastor
1/2 cawan gula perang
1 cawan minyak canola atau jagung
4 biji telur
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanila
Bahan-bahan untuk diayak:
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking soda atau soda bikarbonat
1 1/2 sudu kecil baking powder

Cara Penyediaan:

1-Griskan acuan bersaiz 8 inci x 8 inci dan lapik dengan kertas baking. Panaskan oven pada suhu 170°C.
Ayak bahan-bahan untuk diayak ke dalam mangkuk besar.
2-Di dalam blender, masukkan telur dan gula kemudian blend selama beberapa minit atau sehingga adunan telur menjadi kembang.
3-Masukkan pula minyak, pisang yang sudah dilecek, garam dan esen vanila. Blend lagi selama beberapa minit.
4-Tuangkan adunan ke dalam mangkuk yang berisi tepung ayak tadi. Kacau dengan cara kaup balik dengan perlahan sehingga sebati. Jangan kacau terlalu lama kerana takut kek akan menjadi keras jika tepung terlebih kacau.
5-Tuang adunan ke dalam loyang dan hias dengan hirisan pisang di atas permukaan. 6-Bakar selama 45-50 minit atau sehingga masak. Saya turunkan suhu kepada 160°C selepas 15 minit dan bakar sehingga masak.

Tips:

Kek sudah masak jika bilah lidi yang dicucukkan di tengah kek keluar dengan bersih dan licin. Jika masih basah dan melekat, teruskan bakar selama beberapa minit kembali.


No comments:

Post a Comment