Resepi Kuih Getas Sedap - Bonda

Monday 29 April 2019

Resepi Kuih Getas Sedap


Kuih getas merupakan kuih tradisional yang sangat unik kerana rasanya yang lemak manis. Cara penyediaannya pun sangat mudah dan senang berbanding dengan penyediaan kuih lain.

Bahan-bahan:

2 cawan tepung pulut
1 cawan tepung gandum
1/2 biji kelapa parut lapisan putih
1/2 sudu teh garam
Sedikit air
Minyak utk menggoreng

Bahan Untuk Sira :

1 cawan gula (Jika hasil kuih yang sedikit, boleh kurangkan gula kepada setengah cawan)
1/2 cawan air

Cara Buat Resepi Kuih Getas :

#1- Masukkan semua bahan ke dalam bekas kecuali air.
#2- Gaul sebati kering dengan tangan barulah tuang air sedikit demi sedikit sambil mengadun sehinggalah tepung tidak melekat di jari. Kalau terlebih air boleh tambah tepung sedikit ya.
#3- Ambil adunan sebesar bola pingpong dan gentel bulat sedikit sebelum ditekan leper bagi dapatkan bentuk kuih getas yang bulat.Kalau nak buat bujur memanjang pun boleh.
#4- Bila dah siap panaskan minyak dan goreng dengan api sederhana sehingga kekuningan.
#5- Angkat dan toskan.
#6- Bila dah sejuk sirakan Kuih dengan gula.. Memang sedap untuk dijadikan hidangan minum petang.Selamat mencuba resepi kuih getas ini.

No comments:

Post a Comment