Resepi Pes Kari, Rendang dan Sambal Tumis Stok Bulan Puasa. Jimat Masa Mama! - Bonda

Monday 29 April 2019

Resepi Pes Kari, Rendang dan Sambal Tumis Stok Bulan Puasa. Jimat Masa Mama!


Di bulan Ramadan ini, ibu-ibu yang sibuk, mesti mencari menu apa yang hendak di masak dan boleh dimasak dengan cepat dan mudah.

Di sini, terdapat perkongsian daripada Suhaidah Ahmad  iaitu cara penyediaan tiga pes iaitu kari, rendang dan sambal tumis. Pes-pes ini boleh disimpan lama sempena Ramadan nanti.

Pes ini boleh dipelbagaikan dengan kari ikan, daging atau apa-apa sahaja lauk kegemaran ibu-ibu dan keluarga.

Jom lihat resepi di bawah:

1.RESEPI PES KARI

Bahan-bahan

Bawang besar 5 biji*
Bawang kecil 10 biji*
Bawang putih 6 ulas*
Halia 5 inci*
6 sudu besar Rempah kari daging Faezah (Pek kuning)*
Rempah 5 sekawan
1 sudu halba

Cara-cara

1. Blender semua bahan kecuali rempah 5 sekawan.
2. Tumiskan rempah 5 sekawan terlebih dahulu. Kalau yang suka light soup, tak payah gunakan rempah ini ya. Kemudian dah naik bau, bolehlah masukkan bahan blender tadi. Tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air dan tumis lagi 2 minit. Akhir sekali, perasakan dengan garam gula dan perasa.
4. Siap. Bekukan.
5. Bila nak makan, ambil pes dan masukkan dalam kuali. Masukkan air, asam jawa dan tambahkan ayam / daging / ikan segar bersama sayur pilihan. Boleh juga dibuat makan dengan mee kari. Bubuh ayam yang dipotong kecil.

2.PES RENDANG

Bahan-bahan

Bawang besar 5 biji
Bawang kecil 10 biji
Bawang putih 6 ulas
Halia 3 inci
Lengkuas 2 inci
Kunyit hidup 2 inci(optional)
6 batang serai
2 gengam Cili kering(xperlu rebus ,masuk terus dlm blender)
Santan 2 kotak harmoni
Daun kunyit dan daun limau purut hiris halus.

Cara-cara

1. Blend dan tumis semua bahan di atas sampai pecah minyak dan naik bau.
2. Masukkan santan, garam, gula, perasa, daun limau purut, dan daun kunyit.
3. Dah siap, macam biasa boleh bekukan dalam freezer.
4. Bila nak makan, ambil pes dan masukkan dalam kuali dengan air secawan. Masukkan ayam, masak sampai kering atau hingga ayam empuk.

3.RESEPI PES SAMBAL TUMIS

Bahan-bahan

Bawang besar 2 biji
Bawang besar 2 biji (hiris bulat)
Bawang putih 5 ulas
Cili kering 4 genggam (potong, rebus, basuh, kisar)
Asam jawa
Garam, gula, perasa

Cara-cara

1. Tumis semua serentak sampai pecah minyak dan naik bau.
2. Masukkan asam jawa, garam, gula, perasa dan hirisan bawang. (seimbangkan rasa)
3. Apabila siap, biarkan sejuk. Boleh bekukan.
4. Bila nak makan nanti boleh defrost dan goreng ikan bilis untuk masukkan ke dalam sambal tumis itu. Boleh juga digunakan untuk memasak mee goreng, bihun goreng, dan sebagainya.

Kredit : Suhaidah Ahmad

No comments:

Post a Comment