Resepi Sahur Telur Hancur Simple - Bonda

Sunday, 5 May 2019

Resepi Sahur Telur Hancur Simple



Bahan-Bahan :

2 biji telur
1/ 2 biji bawang merah besar | dicincang
100gm sayur campur
20gm isi ayam
10gm daun sup | dicincang
1 sudu makan mayones
Garam secukup rasa
Sedikit minyak masak untuk menumis

Cara Memasak : 

#1-Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan pukul hingga sebati. Ketepikan seketika.
#2-Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, sayur campur dan isi ayam sehingga masak.
#3-Kemudian masukkan telur diikuti dengan daun sup. Masukkan sedikit garam.
#4-Kacau telur sehingga menjadi ketulan kecil.
#5-Angkat dan hidangkan mengikut citarasa anda.

No comments:

Post a Comment