Popia Pisang Coklat Sedap, Rangup dan Mudah. Buat Sekali Pasti Nak Lagi - Bonda

Monday, 13 May 2019

Popia Pisang Coklat Sedap, Rangup dan Mudah. Buat Sekali Pasti Nak Lagi


Fuhhh! Baru dengar nama ja dah tak tahan. Bila masuk dalam mulut, krup krap krup krap bunyi dia. Lagilah tak boleh berhenti makan. Tak caya cer korang try. Resepi mudah kat bawah taw.

Bahan bahan :

1 bungkus kulit popia (saiz kecik)
Pisang (tak kesa janji dah masak dan manis)
Coklat Susu (brand apa apa pun boleh. Saya guna cadbury)
Air
Minyak masak

Langkah Langkah :

1. Potong pisang dan coklat kepada bahagian kecil.
2. Kulit popia pulak dipotong kepada empat bahagian.
3. Basahkan kulit popia yang pertama dengan air. Tujuan untuk lekatkan kulit popia yang kedua. Konon konon air ni sebagai gam lah.
4. Letakkan pisang dan coklat.
5. Basahkan kulit popia yang kedua dengan air dan lekatkan dengan kulit popia pertama. Pastikan lekat yer korang.
6. Panaskan kuali dan goreng popia pisang coklat rangup sehingga kuning keemasan.
7. Dah boleh makan!

Pasni bolehla tukar menu pisang goreng dengan popia coklat pulak. Hidang pulak dengan kopi panas. Fuhhh memang terangkat abis 😉

Sumber : Solehah Yusoff

No comments:

Post a Comment