250 gram pure unsalted butter
80 gram gula aising
1 biji kuning telur ayam
1 sudu teh esen vanila
1/2 cawan serbuk badam
3 sudu makan susu tepung
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh emplek
1/2 cawan tepung jagung
4 1/2 cawan tepung gandum
Bahan Coklat :
500 gram Beryls Milk Compound
1 sudu makan butter/minyak sapi/marjerin untuk setiap 500 gram coklat.
Kalau guna lebih ikut je sukatan seperti di atas.
Bahan Salut Almond London :
Badam cincang secukupnya yang dipanggang seketika atau disangai untuk rangup
Cara Penyediaan:
#1-Sediakan bahan asas dulu, sangai tepung gandum, panggang atau sangai badam dan juga badam cincang.Ketepikan.
#2-Dalam satu bekas masukkan butter,gula aising,kuning telur dan esen vanilla. Tak perlu guna mixer tapi kacau dengan senduk kayu sahaa dah cukup.Kita taknak biskut kembang.
#3-Masukkan pula, serbuk badam,susu tepung,baking powder,emplex tepung jagung dan sebatikan.Boleh uli guna tangan.
#4-Barulah masukkan tepung gandum yang siap disangai sedikit demi sedikit.
#5-Uli hingga adunan tak melekat di tangan dan boleh dibentuk serta tak berderai.
#6-Ambil doh dan lekatkan dalam sudu seperti di bawah dan masukkan badam, tutup bahagian atas dengan doh.
#7-Susun dalam tray pembakar. Sambil tu boleh panaskan oven 10 minit pada suhu 170’C.
#8-Dah susu cantik boleh bakar dalam oven pada suhu 165’C guna api atas bawah selama 25 minit.Ikut oven anda ya. Sejukkan.
#9-Menggunakan kaedah double boil, cairkan coklat bersama butter atau minyak sapi.Celup biskut tadi ke dalam coklat dan barulah letak dalam kertas pembalut. Taburkan sedikit badam cincang. Sejukkan.
#10-Bila coklat dah kering barulah susun dalam bekas.Guna cara camni, biskut almond london memang terbaik.Coklat tak melekat dan tak cair di tangan.
No comments:
Post a Comment