Resepi Biskut Makmur Sedap Dan Mudah - Bonda

Thursday, 9 May 2019

Resepi Biskut Makmur Sedap Dan Mudah


Bahan-Bahan:

600 gram tepung gandum ( sangai )
200 gram ghee ( cairkan )
100gram gula ckastor
Secubit garam

Bahan Inti Resepi Biskut Makmur :

200 gram kacang tanah disangai masak dan dikisar
100 gram gula kastor
Sedikit butter cair

Bahan Salut :

Gula Ising

Cara Penyediaan:

#1-Sangai bermaksud goreng tanpa minyak ya. Lepas dah sediakan semua bahan di atas, campur tepung gandum bersama ghee yang telah sejuk.
#2-Masukkan ghee secara sedikit demi sedikit sambil adun uli tepung hingga jadi macam serbuk roti dan bila ambil bulatkan jadi doh, dia melekat cantik. Itu tanda doh dah jadi.
#3-Campurkan bahan inti biar sebati dan ketepikan.
#4-Bulatkan doh tadi dan timbang sekitar 14-15 gram setiap satu. Tak nak timbang pun takpe. Dah boleh start bulatkan dan masukkan inti kacang dalam 1 sudu teh.
#5-Sambil tu panaskan oven dan bila dah siap, bakar biskut makmur dalam oven pada suhu 160’C selama 20 minit guna api atas bawah.
#6-Bila dah masak, sejukkan sekejap biar suam lepas tu golek dalam gula ising.

Dah siap. Boleh la simpan dalam bekas kedap udara.

No comments:

Post a Comment