Resepi Biskut Gajus Sedap - Bonda

Thursday 9 May 2019

Resepi Biskut Gajus Sedap



Bahan-Bahan:

2 cawan nestum yang telah dihancurkan separa kasar*
1/2 cawan kacang gajus yang dihancurkan separa kasar*
1/2 cawan tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*
1/2 camca teh esen vanilla
1/2 cawan gula aising
2 kuning telur sahaja
4 camca besar mentega

Bahan untuk hiasan :

Kuning telur
Kacang Gajus

Cara Penyediaan:

#1-gaul kering bahan yang bertanda * sehingga sebati. Ketepikan seketika.
#2-Dalam bekas yang lain, menggunakan handmixer pada kelajuan sederhana , gaul mentega dengan gula aising menjadi sebati .
#3-Masukkan pula kuning telur dan putar lagi. Laraskan kelajuan handmixer kepada kelajuan perlahan dan masukkan pula tepung sedikit demi sedikit , esen vanilla dan gaul lagi sehingga menjadi doh. Gaul sekejap sahaja.
#4-doh yang terbentuk tadi dibahagikan kepada 2 bahagian . 1 bahagian diletakkan diantara plastik dan dicanai sehingga ketebalan menjadi sekitar 0.5cm. Selepas itu , doh diterap dengan bentuk yang anda suka .
#5-panaskan oven selama 15 minit pada suhu 175’C . Susun acuan yang telah diterap ke atas dulang pembakar. Gliskan dengan kuning telur dan letakkan kaang gajus yang ditekan sedikit di atas setiap acuan. .
#6-bakar pada suhu yang sama selama 25 minit / sehingga masak. Selepas itu sejukkan biskut gajus dan simpan dalam bekas kedap udara. Siap.

No comments:

Post a Comment