Resepi Biskut Sarang Semut Rangup dan Gebu - Bonda

Sunday 19 May 2019

Resepi Biskut Sarang Semut Rangup dan Gebu


Selain dari cara pembuatan resepi biskut sarang semut ni yang cepat, rasa dia pun sedap. Rangup di luar bila digigit selepas tu gebu je bila dah pecah di dalam mulut.

Bahan Resepi Biskut Sarang Semut Berderai :

25 gram mentega jenama buttercup

80 gram gula ising

200 gram tepung gandum

100 gram tepung jagung

50 gram tepung kastard

1 sudu teh esen vanilla


Bahan Hiasan :

Sedikit coklat rice jika mahu

Sedikit manik gula kecil jika mahu

Paper cup secukupnya

Cara Penyediaan Biskut Sarang Semut :


#1: Menggunakan hand mixer pada kelajuan sederhana, pukul sehingga kembang mentega dan gula halus dalam satu bekas, bila dah kembang, tutup suis mixer. Tambahkan esen vanilla dan kacau dengan spatula sahaja.

#2: Masukkan kesemua tepung sedikit demi sedikit dan gaul sehingga menjadi adunan yang rata. Uli dengan tangan.Adunan yang telah menjadi doh, ambil sedikit dan tekan ke atas penapis seperti dalam gambar.

#3: Ambil doh yang ditapis tu guna sudu dan masukkan ke dalam papercup serta taburkan coklat rice dan manik gula kecil. Panaskan dulu oven selama 10 minit pada suhu 170’C. Susun biskut dalam dulang pembakar dan bakar selama 5-8 minit pada suhu 160’C guna api atas bawah. Ikut oven anda masing-masing ya.

Dah masak, sejukkan seketika lepas tu masukkan dalam bekas kedap udara. Cantik elok je kan biskut bila masukkan dalam paper cup. Selamat mencuba resepi biskut sarang semut yang menawan hati tetamu yang berkunjung.

Kredit : daridapur

No comments:

Post a Comment