Bahan-Bahan :
Bahan A
10g agar-agar tali
3 1/2 cawan air
1/2 cawan gula
2 daun pandan
Cincau
👉masak hingga larut agar2, gula & daun pandan
👉bahagikan 2 bekas..warnakan
👉dah keras potong dadu
Bahan B
20g agar-agar tali
3 1/4 cawan air
3/4 cawan gula
2 sudu besar susu pekat manis
1 tin laici - asingkan isi & air
1 tin susu cair
Secubit garam.
Cara-Cara Penyediaan :
👉masak agar2, air & gula seperti biasa
👉tuang air laici..kacau rata
👉asingkan 1@2 cawan agar2 ni
👉kemudian masuk susu cair
👉susu pekat..kemudian secubit garam
👉kacau2..biar mendidih seketika..kacau2 lagi..tutup api
👉bahan A & cincau potong dadu..taburkan dlm loyang/acuan
👉tuang adunan agar2 yg susu atas potongan agar2
👉biarkan sederhana beku
👉susun laici penuh loyang
👉tuang agar2 yg di asingkan mula2 tadi
👉bekukan.. Masuk peti sejuk
👉keluarkan puding dari loyang.. Potong ikut suka.
## tak nak rasa manis..kurangkan gula
## boleh loyang saiz 8/9/10
Kredit : dapur_kakzura
No comments:
Post a Comment