Bihun Goreng Versi Singapore Mudah - Bonda

Friday 21 June 2019

Bihun Goreng Versi Singapore Mudah


Hujung minggu orang nak datang rumah beraya taktau nak masak apa???
Boleh cuba jer resepi simple nii!!

Bahan – bahan memasak:

Bahan utama:

Sebungkus bihun direndam lembut.

Bahan A:

3-4 ulas bawang merah
5-6 ulas bawang putih
1 sudu kecil lada hitam
2 sudu makan udang kering
2 inci halia
Nota: Kisar kesemua bahan A

Bahan rencah:

Udang kecil 250g (kopek kulit udang)
Seikat kucai dipotong dalm 4cm panjang.
Lobak sebatang dihiris halus memanjang.

Cara – cara memasak:

1-Tumis bahan kisaran hingga halus sehingga naik bau.
2-Perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa secukupnya.
3-Kemudian masukkan isi udang.
4-Selepas itu masukkan bihun yang telah direndam lembut.
5-Akhir sekali masukkan sayur-sayuran dan potongan cili merah sebagai hiasan.
6-Siap dan sedia untuk dimakan!

Kredit resepi:habeebah md daud

No comments:

Post a Comment