Resepi Mi Hailam Sedap Mudah - Bonda

Friday 21 June 2019

Resepi Mi Hailam Sedap Mudah



Bahan – bahan:

Bahan utama:

Mi kuning 1/2 kilogram

Bahan – bahan tumisan:

Bawang merah *
Bawang putih *
Lada kering *
3 cawan air
Sos tiram sesudu
Garam
Gula
Serbuk Perasa

Bahan – bahan hiasan:

Lobak merah sebatang
Brokoli seketul
Udang saiz sederhana 8 ekor
Sayur sawi 5 tangkai
Kicap manis

Cara – cara memasak:

1-Celur mi kuning sekejap dan tapis, kemudian ketepikan.
2-Kisar bahan bertanda *. Agak – agak sahaja ya.
3-Panaskan minyak di kuali, tumis bahan kisaran sehingga naik minyak.
4-Masukkan sos tiram, garam, serbuk perasa dan gula.
Seimbangkan rasa.
5-Masukkan air dan biar mendidih sekejap kemudian masukkan udang dan kicap manis.
6-Apabila udang sudah agak masak, pecahkan telur.
7-Masukkan lobak merah dan brokoli.
8-Akhir sekali baru masukkan sayur sawi.

Nota: Sedap dimakan bersama lada jeruk.
Siap!

Kredit resepi: Sarina Basir

No comments:

Post a Comment