Bahan-bahan :
2 cawan tepung pulut
1/2 cawan tepung gandum
1/4 cawan ubi keledek ungu - rebus..lenyek..baru sukat
1 1/4 cawan air
Sedikit garam
Sedikit pewarna ungu - jika perlu
Cara-cara buat :
▶gaul bahan diatas..air tu tuang sikit2..uli jadikan doh yg tak melekat
▶sedikit minyak letak ditapak tangan masa nak membentuk..supaya tak melekat & nampak cantik berkilat bila dah kukus
▶daun pisang/plastik potong kecik2 untuk alas kuih
▶bulat2kan doh..jangan lupa letak sedikit minyak pada tapak tangan
▶masukkan inti..bentukkan bujur
▶untuk line/bentuk peria tu boleh gunakan lidi atau pisau plastik potong kek dll yg dirasakan sesuai
▶letak atas daun pisang..susun dlm pengukus & kukus dlm 10-15 minit..api sederhana
▶jangan kukus terlalu lama nanti kuih jadi kembang setaman
▶lepas kukus..agak kuih dah suam..sapu lagi sedikit minyak agar kuih peria tu nampak lebih berkilat & menyelerakan
Kredit : dapur_kakzura
No comments:
Post a Comment