Resepi Cucur Udang Gebu Sedap - Bonda

Saturday, 29 June 2019

Resepi Cucur Udang Gebu Sedap

 

Bahan-bahan :

1/2 kg Tepung gandum
Sebiji telur
1 biji bawang besar (kisar)
Pewarna kuning
2 biji bawang holland hiris
Kucai
Tauge
Udang
Garam
Gula
Sedikit soda bikarbonat
Air

Cara-cara :

1-Blend bawang besar sebiji.
2-Masukkan tepung gandum dalam bekas.
3-Masukkan bawang yang diblend tadi, telur sebiji, air, garam, gula, soda bikarbonat. Kacau adunan.
4-Agak-agak letak air jangan pekat sangat. jangan cair sangat.
5-Masukkan kucai, tauge, bawang holland hiris, dan cili besar hiris.
6-Cara goreng nak bagi bentuk bulat ialah celup senduk besi ke dalam minyak panas.
7-Letak adunan tadi diatas senduk. Letak udang atas dia.
8-Masukkan dalam minyak panas. Biar kejap sampai bawah dia masak. Nanti dia akan tertanggal sendiri daripada senduk.

Bahan Kuah Kacang :

Segengam cili kering
2 biji bawang besar
7 ulas bawang putih
Halia
Serai
Lengkuas
Belacan
(Semua bahan di atas dikisar halus)
Kacang tanah disangai dan diblend kering..
Asam jawa
Gula/gula melaka

Cara Membuat Kuah Kacang :

1-Tumis bahan yang diblend tadi.
2-Kalau sudah garing masukkan kacang tanah yang disangai dan diblend halus.
3-Masukkan air asam jawa.
4-Masukkan sedikit air, gula dan garam. Jika mahu letak gula melaka pun boleh.
5-Biar naik minyak. Kalau nak lagi pekat letak bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah.

No comments:

Post a Comment