Ada kawan aku suruh aku tulis sikit berkenaan benda dalam gambar dibawah ni. Demi memenuhi permintaan dia aku cuba dapatkan maklumat seboleh mungkin untuk kongsikan.
Benda ni orang tempat aku panggil susu masam dan benda ni sememangnya susu yang diperolehi daripada kerbau seterusnya disimpan dalam ruas buluh untuk dibiarkan matang.
Berapa lama masa yang diperlukan untuk susu kerbau ini disimpan sebelum terhasilnya susu masam ni aku tidak berjaya mendapatkan maklumat yang tepat. Mengikut maklumat yang ada ianya biasa disimpan selama 1 hingga 2 malam sebelum dinikmati.
Rasanya sudah semestinya masam. Kebiasaannya dijadikan perasa tambahan dalam budu untuk mengurangkan kemasinan budu itu sendiri sebelum dimakan dengan nasi.
Ada juga yang menikmati susu masam ni secara terus dengan hanya menambah garam dan gula secukup rasa biasanya.
Susu masam ni tercipta disebabkan zaman dahulu orang masih tidak memiliki peti ais untuk menyimpan susu segar. Lebihan susu yang dinikmati itu disimpan cara macam ni lalu terhasilnya susu masam tersebut.
Benda ni dikatakan hanya boleh diperolehi dan dijual di pekan sehari Kuala Berang Hulu Terengganu sahaja. Info ni aku tak dapat pastikan kesahihannya.
Tetapi berdasarkan topographi dan kedudukan kampung-kampung sekitar pekan Kuala Berang tu tidak mustahil benda itu betul. Ianya kerana pada zaman dahulu sekitar tahun 70an ke 80an orang-orang kampung disitu sememangnya mengusahakan tanaman padi secara tradisional.
Maksudnya secara tradisional ni mereka masih gunakan kerbau untuk membajak sawah bendang. Jadi mereka membela kerbau-kerbau ini untuk tujuan tersebut selain daripada untuk mendapatkan daging dan susunya.
Perkaitan mudahnya orang kampung bela kerbau buat membajak, kerbau makin membiak boleh dapatkan daging dan susu, susu dah berlebihan disimpan akhirnya terhasil la susu masam sedemikian.
Oleh yang demikian memang tak pelik lah benda ni sudah tidak kelihatan sekarang kerana tanah bendang dah bertukar menjadi tanah sawit, kerbau dah tidak diperlukan, populasinya menurun disebabkan populasi orang lama yang sanggup membela kerbau pun makin berkurang.
Jadi mungkin tidak mustahil juadah sebegini akan pupus ditelan zaman kelak.
Harap adik Syukur si "kerbau boy" mungkin boleh meneruskan untuk mengekalkan juadah ini sebab kerbau keluarga dia masih banyak.
Sekian cerita saya berkenaan susu masam.
Kredit : Aidi Arijan Mat Hassan
No comments:
Post a Comment