Apam Serabai dengan Kuah Sekaya Sedap Lemak-Lemak Manis - Bonda

Saturday, 24 August 2019

Apam Serabai dengan Kuah Sekaya Sedap Lemak-Lemak Manis



Bahan-bahan :

2 cwn tepung beras
1/2 cwn nasi
1/2 cwn santan
1 sdk garam
2 sdk gula
1 stgh sudu kecik yis segera
1 1/2 cwn air

Cara Memasak :

1. Kisar nasi bersama santan sampai nasi hancur.
2. Masukkan garam, gula, tepung beras dan air kemudian kisar sebati.
3. Masukkan yis segera kemudian gaul dan perapkan beberapa jam.Panaskan acuan serabai, ambil sehelai daun pandan dan diikat kemudian celup ke dlm minyak masak dan sapu sedikit di permukaan acuan.
4. Biar sehingga acuan panas baru dituang sesenduk adunan kemudian ditutup dgn tudung periuk.Biarkan sehingga berlubang-lubang dan sehingga masak, bolehlah di angkat dan dihidangkan sama ada dgn kuah durian mahupun kuah sekaya

Bahan Kuah Sekaya :

*Gula pasir 1cawan stgh (nak manis bole lebihkan)
*Gula merah 2cawan
*Telur 4 atau 5biji (kocok pastu tapis
*Santan *Garam sikit
*Tepung beras (utk pekat kuah)
*Daun pandan

Cara Masak : 

1. Masak gula pasir n gula merah bagi cair
2. Tapis tuang dlm periuk lain masak sekali letak daun padan,santan ,telur, tepung beras yg dh bancuh
3. Kacau atas api pelahan sampai likat.

Kredit Nonie

No comments:

Post a Comment