Bahan Kimia Antara Perisa Mi Segera - Bonda

Tuesday, 23 October 2018

Bahan Kimia Antara Perisa Mi Segera


KUALA LUMPUR: Mi segera bukan saja diperbuat daripada kanji dan gandum sebagai bahan utama, malah mengandungi ramuan tambahan seperti natrium, sodium serta kalium.

Mengikut pakar pemakanan, pengambilan bahan berkenaan secara berlebihan atau kerap akan mengundang pelbagai masalah kesihatan.


Lebih buruk lagi, apabila ia disajikan dengan pelbagai perasa yang mengandungi ramuan seperti natrium kaseinat (sumber dari protein susu), minyak, asid amino, asid benzoik serta monosodium glutamate (MSG).

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendapati pengambilan berlebihan natrium dan sodium dikaitkan dengan pelbagai penyakit seperti tekanan darah tinggi, penyakit jantung, strok dan kerosakan buah pinggang.

SATU bungkusan mi segera berat 1,540 miligram (mg) sudah mengandungi 77 peratus had pengambilan sodium sehari.
Ujian dijalankan CAP ke atas 10 sampel mi segera pada 2010 turut mendapati tiga sampel mengandungi natrium melebihi 1,000 miligram (mg) atau purata natrium pada semua sampel adalah 830 mg.

Pengambilan kerap mi segera juga boleh menyebabkan kemungkinan pengambilan kandungan sodium yang berlebihan.

Setiap hidangan asas mi segera bersama perasanya menurut CAP hanya mengandungi bahan karbohidrat, natrium dan MSG yang tinggi, tetapi rendah dari segi elemen seperti serat, vitamin dan mineral.

Menerusi Data Pemakanan dikeluarkan Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), satu bungkusan mi segera berat 1,540 miligram (mg) sudah mengandungi 77 peratus had pengambilan sodium sehari.

Ini menunjukkan ramuan mi segera serta perasa tambahannya sudah mengandungi kadar sodium yang tinggi.

Sementara Piramid Makanan Malaysia disediakan KKM, meletakkan makanan berasaskan mi segera sebagai bahan yang perlu diambil secukupnya, dikawal atau tidak berlebihan, berbanding sayur serta buah-buahan.

Justeru, Pakar Pemakanan dan Diatetik Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), Prof Dr Fatimah Arshad, menyatakan pentingnya konsep penyediaan pemakanan seimbang setiap hari.

Memberi contoh penyediaan menu berasaskan mi segera, beliau berkata, ia sebaiknya dicampur dengan bahan tambahan lain seperti sayur dan daging.

"Jumlah mi segera yang digunakan janganlah terlalu banyak, sebaiknya cukup separuh saja (bagi satu bungkus) dan ditambah dengan makanan lain seperti sayuran," katanya ketika dihubungi BH Online.

Beliau berkata, penyediaan makanan berasaskan mi segera yang seimbang juga boleh dijadikan garis panduan untuk diet.

"Adakalanya mi segera ini lebih baik daripada mi kuning atau bihun untuk diet, kerana ia hanya mengandungi bahan berasaskan kanji dan gandum, yang lebih selamat," katanya.

Fatimah berkata, kemudaratan terhadap kesihatan hanya akan berlaku jika kaedah pengambilan makanan yang betul tidak dipraktikkan.

Sementara itu, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dianggarkan 30 peratus daripada semua jenis kanser boleh dicegah melalui langkah mudah seperti mengamalkan diet yang sihat.
UJIAN dijalankan CAP ke atas 10 sampel mi segera pada 2010 turut mendapati tiga sampel mengandungi natrium melebihi 1,000 miligram.



No comments:

Post a Comment